logo
It looks like you are based in the
Click proceed to be taken to .
Teruskan
logo

Terima kasih kerana berminat dengan Tickmill UK Ltd: yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) dan berada di luar kerangka peraturan Eropah.

Nampaknya anda berada di EEA secara fizikal, oleh itu jika anda ingin meneruskan dengan Tickmill UK Ltd, sila sahkan bahawa keputusan ini telah dibuat oleh anda secara bebas tanpa sebarang pemasaran atau permintaan oleh Tickmill UK Ltd.

Teruskan

Pilih Bahasa

Terma & Syarat Umum Ganjaran Deposit

Berikut adalah Terma dan Syarat bagi kempen Ganjaran Deposit dan tawaran ini hanya untuk pelanggan Tickmill Ltd serta terhad untuk beberapa negara sahaja. Sila berhudung dengan Sokongan Pelanggan kami untuk sebarang kempen yang disediakan.

  • Ganjaran Deposit hanya untuk Pelanggan baru dan sedia ada Tickmill Ltd (Terkawal FSA), yang mempunyai akaun dagangan lansung. Anda boleh membuka akaun dagangan lansung di sini

  • Ganjaran Deposit hanya boleh dituntut oleh setiap Pelanggan hanya sekali sahaja pada satu deposit yang belum digunakan untuk menuntut sebarang ganjaran lain bagi sebarang kempen lain yang tersedia.

  • Ganjaran Deposit yang ditawarkan dalam bentuk one-time ialah 10% daripada jumlah yang didepositkan dan Ganjaran Deposit maksimum ialah $€£ 1,500 atau bersamaan R 26000 bagi setiap Pelanggan.

  • Untuk menuntut Ganjaran Deposit, Pelanggan perlu menghantar e-mel bersama nombor akaun dagangan MT4/MT5 atau nombor ID wallet anda kepada eksekutif akaun atau kepada Sokongan Pelanggan kami 
    dalam masa 14 hari selepas membuat deposit.

  • Pada masa tuntutan Ganjaran Deposit dibuat, sekurang-kurangnya 50% daripada dana asal deposit yang dimasukkan ke dalam dompet mesti masih ada.

  • Jumlah deposit minimum (tidak termasuk pemindahan dalaman) untuk menuntut Bonus Deposit ialah $€£200 atau R3,600.

  • Pelanggan memahami dan mengesahkan bahawa sebarang bonus akan ditambah ke dalam Dompet Pelanggan, di mana pelanggan perlu memindahkan bonus tersebut secara manual ke akaun dagangan yang berkaitan serta memenuhi volum dagangan yang diperlukan.

  • Untuk mengeluarkan Bonus, pelanggan mesti berdagang sekurang-kurangnya 1 lot standard bagi setiap $€£3 atau R60 daripada jumlah Bonus Deposit yang diterima. Jumlah lot yang diperuntukkan dan diperlukan akan dipaparkan di halaman dompet dalam Ruang Pelanggan.

  • Hanya volum dagangan dalam pasangan mata wang, logam, BTCUSD, US30, USTEC dan DE40 akan diambil kira untuk pengiraan jumlah volum dagangan bagi kempen Bonus Deposit, manakala semua instrumen lain adalah dikecualikan.

    • Disebabkan nilai nosional 1 lot bagi US30, DE40 dan USTEC, hanya 0.25 daripada setiap posisi 1 lot akan dikira.

    • Sebagai contoh, jika seorang pelanggan telah berdagang 1 lot BTCUSD, 3 lot EURUSD, 0.5 lot Emas, dan 15 lot US30, maka pengiraannya adalah seperti berikut: 1 + 3 + 0.5 + (15 × 0.25) = 8.25 lot

  • Pelanggan memahami dan bersetuju bahawa amaun Deposit dan Bonus hanya boleh dikeluarkan setelah volum dagangan yang diperlukan diselesaikan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya baki keseluruhan melebihi jumlah deposit dan bonus, lebihan tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Sebagai contoh: Jika seorang pelanggan mendeposit $1,000 dan menerima bonus $100, mereka perlu berdagang sebanyak 33.33 lot standard ($100 ÷ 3) untuk mengeluarkan bonus $100 atau deposit asal. Namun, jika baki keseluruhan meningkat kepada $1,250, pelanggan boleh mengeluarkan lebihan $150 dengan segera walaupun belum menyelesaikan keperluan volum dagangan.

  • Sebarang bahagian daripada Ganjaran Deposit hanya boleh dikeluarkan sekiranya keseluruhan jumlah lot yang diperlukan untuk mengeluarkan ganjaran tersebut telah didagangkan sepenuhnya.

  • Pelanggan, dalam kes luar biasa, mungkin layak menerima Ganjaran Deposit tambahan hanya jika semua terma dan syarat bagi Ganjaran Deposit pertama telah dipenuhi sepenuhnya atau jika akaun dagangan mereka mengalami kerugian yang melebihi jumlah deposit asal dan ganjaran pertama tersebut.

  • Tickmill berhak untuk mengubah terma kempen Ganjaran Deposit atau membatalkannya pada bila-bila masa.

  • Tickmill juga berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana pengguna sekiranya terdapat sebarang kecurigaan terhadap penyalahgunaan atau pelanggaran terhadap peraturan adil kempen Ganjaran Deposit atau mana-mana terma yang digariskan dalam Perjanjian Perkhidmatan Pelanggan Tickmill.

  • Tickmill menganggap bahawa tindakan mengeluarkan dana dari dompet dan kemudian mendepositkan semula dana tersebut dalam tempoh 30 hari kalendar selepas pengeluaran terakhir untuk menuntut Ganjaran Deposit ke atas deposit tersebut adalah satu pelanggaran terhadap peraturan adil kempen Ganjaran Deposit.

  • Penggunaan Ganjaran Deposit untuk meningkatkan saiz posisi dagangan anda melibatkan tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Sebelum membuat keputusan untuk berdagang Kontrak untuk Perbezaan (CFD), anda harus mempertimbangkan objektif dagangan, tahap pengalaman dan toleransi risiko anda. Sila baca dengan teliti Pendedahan Risiko Ringkas kami.

  • Sila ambil perhatian bahawa pemindahan dalaman antara dompet tidak layak untuk promosi ini.