Tiada yang lebih menggembirakan daripada mengumumkan bahawa kami telah memenangi anugerah ‘Broker Paling Dipercayai’ dalam Anugerah Kekayaan Peribadi Dalam Talian!

Kini pada tahun ke-7 berturut-turut, Anugerah Kekayaan Peribadi Dalam Talian mengiktiraf syarikat yang mampu menawarkan perkhidmatan dan produk hebat kepada pelanggan mereka dalam memudahcara peningkatan ketara kekayaan individu.

Setelah bersaing dengan sejumlah broker terkenal, tiada yang lebih menggembirakan Tickmill selain daripada memenangi anugerah ini, hasil undian ribuan pelabur di seluruh dunia!

Kami merasakan bahawa anugerah itu diterima oleh Tickmill tepat pada masanya. Kami telah mengambil setiap langkah yang mungkin semasa wabak berlaku bagi memastikan bahawa pelanggan kami terus menerima perkhidmatan yang lancar tanpa gangguan, walaupun seluruh pasukan kami bekerja dari rumah! Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada seluruh pasukan yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi, setiap hari.

Kami tetap komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, dan berusaha untuk terus meningkatkan penawaran kami dalam persekitaran yang dinamik ini, tanpa mengira apa pun keadaan yang akan kami tempuhi. Usaha kami untuk kekal sebagai 'rakan kongsi yang stabil di sisi anda' merupakan satu-satunya alasan yang membolehkan Tickmill dianugerahkan penghargaan sebagai 'Broker Paling Dipercayai'.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kami yang luar biasa kerana sentiasa gigih berusaha bagi mengekalkan perkhidmatan serta ucapan terima kasih kepada Anugerah Kekayaan Peribadi Dalam Talian untuk pengiktirafan yang luar biasa ini.