Pui Yeung telah menunjukkan kemahiran pengurusan akaun dan risiko yang sangat baik pada Julai 2022 dan meraih hadiah $1,000!


Baca temu bual bersama Pui Yeung dan lihat penyata akaunnya – untuk memulakan kisah kejayaan anda sendiri

Berapa lama anda telah berdagang?

5 tahun, saya bermula pada tahun 2017.

Bagaimanakah anda terlibat dalam perdagangan Forex?

Saya melihat iklan anda apabila saya mencari indikator dagangan.

Apakah gaya bagi dagangan anda?

Kebanyakannya adalah (swing Trading)

Adakah anda mengamalkan pengurusan risiko?

Ya semestinya, itulah perkara yang paling penting dalam perdagangan.

tom_0722.png

Apakah beberapa tabiat yang baik yang dibangunkan oleh peniaga pintar (smart traders)?

Pengurusan risiko adalah yang paling utama dalam kehidupan perdagangan."Untuk kekal hidup" maka anda akan mempunyai peluang untuk mengambil keuntungan.

Terangkan dagangan terbaik/paling anda ingati (Berapa banyakkah keuntungan anda? Apakah strateginya? Pair apa?

Saya rasa ia adalah pair USDMXN. Saya cuba menangkap bahagian bawah pair ini dan mengekalkan kedudukan saya selama 4 hari. Ia telah memberikan saya keuntungan sekitar 10K USD.

Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada pedagang baru?

Sentiasa ingat untuk mempunyai kawalan risiko. Dan setiap perdagangan yang anda lakukan sila gunakan logik anda sendiri. Jangan berdagang berdasarkan emosi.

Memandangkan keadaan pasaran semasa, pada pendapat anda, apakah berita/event yang perlu diperhatikan oleh para traders?

  1. Perhatikan indeks USD. Ia sangat tinggi.

  2. Saham AS juga harus dipantau. Mungkin kita berada pada era permulaan pasaran mula menurun.

Apakah perkara paling penting yang anda cari dalam memilih broker Forex?

Saya rasa keselamatan wang adalah pekara yang paling penting untuk broker Forex dan saya rasa Tickmill telah melakukan tugas dengan sangat baik.